Bil
|
Kemahiran Proses Sains
|
Panduan Menulis Jawapan
| |
1
|
Pemerhatian
|
Pemerhatian dilakukan menggunakan deria penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan sentuhan
| |
2
|
Inferens
1. Inferens Tunggal
2. Inferen berbanding
|
(pemerhatian) kerana (sebab)
Contoh:
(Inferens Tunggal)
Pokok A layu kerana tidak mendapat baja yang cukup.
(Inferens Berbanding)
Pokok A layu kerana tidak mendapat baja yang cukup berbanding Pokok B .
*letakkan perkataan berbanding…..
| |
3
|
Meramal
1. Meramal dalam bentuk situasi.
|
Haiwan di kawasan A akan pupus.
| |
2. Mera mal dalam bentuk angka.
|
Kurang dari 10 saat.
| ||
4
|
Mentafsir Maklumat
1. Tajuk / Tujuan
· mengaitkan Pembolehubah Manipulasi (PUM) dengan Pembolehubah Bergerakbalas (PUB).
· satu pernyataan umum.
|
1. Untuk mengkaji hubungan di antara ________PUM_____ dengan _______PUB____
Contoh;
Untuk mengkaji hubungan di antara panjang tali
dengan jumlah hayunan bandul dalam masa 5 minit.
| |
2. Hubungan
· mengaitkan PUM dan PUB
· menyatakan PUM memberi kesan kepada PUB
· menyatakan pola pada PUM dan PUB
|
2. Jika_______(pola)PUM____maka______(pola)_PUB____
Contoh;
Jika banyak baja maka pokok subur.
| ||
3. Pola
· melihat perubahan pada data dalam bentuk nombor.
· membaca kedudukan nombor dari kanan ke kiri
· tahu nilai nombor.
· menggantikan nilai nombor dengan perkataan tertentu.
|
3. Nombor yang makin besar nilainya dinyatakan
Bertambah, Meningkat, Menaik.
Nombor yang makin kecil nilainya
Berkurang, Menurun
Nombor yang kekal nilainya
Sama, Kekal, Mendatar, Tidak berubah, Tetap
Contoh;
Semakin meningkat
| ||
4. Rumusan
· Membuat kesimpulan dengan menyatakan secara keseluruhan maklumat yang terdapat dalam data.
· Menulis ayat ringkas tetapi lengkap.
|
5. Pada______PUM_______(pola) PUB manakala pada______PUM_______(pola)PUB
Contoh:
Pada suhu antara 20 ºC – 30 ºC bilangan biji benih yang
bercambah meningkat, manakala suhu 35 ºC – 40 ºC
bilangan biji benih yang bercambah tidak berubah dan
pada suhu 45 ºC ke atas bilangan biji benih bercambah
berkurang
| ||
Bil
|
Kemahiran Proses Sains
|
Panduan Menulis Jawapan
| |
5
|
Pembolehubah
1. Pembolehubah yang dimalarkan
mempengaruhi hasil ujikaji.
|
Pastikan setiap kali menulis pembolehubah mestilah ada ’parameter’.
Contoh Menulis Jawapan:
Berdasarkan penyiasatan di atas, nyatakan pembolehubah-pembolehubah berikut.
Pembolehubah malar : Isipadu air
Pembolehubah dimanipulasi : Suhu air
Pembolehubah bergerakbalas: Kuantiti garam yang dilarutkan (g)
| |
2. Pembolehubah dimanipulasi
mempengaruhi hasil ujikaji.
| |||
3. Pembolehubah bergerakbalas
· Hasil ujikaji / apa yang berlaku di akhir eksperimen
| |||
6
|
Hipotesis
|
Semakin ........, semakin / Jika ,....... maka / Lebih , ...... lebih
Contoh;
Semakin berat besi, semakin panjang spring.
Jika berat besi bertambah, maka semakin panjang spring.
|
Sabtu, 29 November 2014
TIPS MENJAWAB SOALAN SAINS BAHAGIAN B
Selasa, 23 September 2014
Secara keseluruhannya, keterangan yang lebih lanjut mengenai haiwan
herbivor, karnivor dan omnivor dapat dilihat secara terperinci lagi
melalui video You Tube yang berjudul "Carnivore - Herbivore - Omnivore".
Sebenarnya, kita boleh membezakan antara haiwan herbivor, karnivor dan omnivor berdasarkan struktur gigi mereka.
Struktur Gigi Haiwan Herbivor
Haiwan
herbivor mempunyai gigi kacip dan gigi geraham yang lebar dan rata.
Kebanyakan haiwan herbivor tidak mempunyai gigi taring. Mereka
menggunakan gigi kacip atau geraham untuk mengunyah makanan sebelum
menelan. Rahang haiwan herbivor dapat bergerak menyamping selain gerakan
ke atas bawah. Pergerakan ini berfungsi untuk menggiling sayur dan
buah-buahan.
Struktur Gigi Haiwan Karnivor
Haiwan
karnivor mempunyai gigi kacip yang pendek dan tajam. Gigi taringnya
panjang, tajam dan melengkung. Manakala gigi gerahamnya juga tajam,
bergerigi dan berbentuk pisau. Bentuk gigi taring haiwan karnivor sangat
tajam dan besar yang mana berfungsi untuk mengoyak daging. Rahang
haiwan karnivor hanya dapat bergerak ke atas bawah. Haiwan karnivor
tidak memerlukan gerakan menggiling, ini kerana mereka terus menelan
makanannya.
Struktur Gigi Haiwan Omnivor
Haiwan
omnivor mempunyai gigi kacip yang lebar dan rata. Gigi taring yang
pendek dan tumpul serta gigi geraham yang juga rata. Haiwan omnivor juga
akan mengunyah makanan sebelum menelan. Seperti haiwan herbivor, rahang
omnivor juga dapat bergerak menyamping selain gerekan ke atas bawah.
Bagaimana
pula cara untuk membezakan antara haiwan herbivor, karnivor dan
omnivor? Untuk mengetahui jawapannya, marilah kita menonton video
melalui You Tube yang berjudul "Carnivores, Herbivores and Omnivores".
Sebenarnya, kita boleh membezakan antara haiwan herbivor, karnivor dan omnivor berdasarkan struktur gigi mereka.
Struktur Gigi Haiwan Herbivor
Haiwan
herbivor mempunyai gigi kacip dan gigi geraham yang lebar dan rata.
Kebanyakan haiwan herbivor tidak mempunyai gigi taring. Mereka
menggunakan gigi kacip atau geraham untuk mengunyah makanan sebelum
menelan. Rahang haiwan herbivor dapat bergerak menyamping selain gerakan
ke atas bawah. Pergerakan ini berfungsi untuk menggiling sayur dan
buah-buahan.
Struktur Gigi Haiwan Karnivor
Haiwan
karnivor mempunyai gigi kacip yang pendek dan tajam. Gigi taringnya
panjang, tajam dan melengkung. Manakala gigi gerahamnya juga tajam,
bergerigi dan berbentuk pisau. Bentuk gigi taring haiwan karnivor sangat
tajam dan besar yang mana berfungsi untuk mengoyak daging. Rahang
haiwan karnivor hanya dapat bergerak ke atas bawah. Haiwan karnivor
tidak memerlukan gerakan menggiling, ini kerana mereka terus menelan
makanannya.
Struktur Gigi Haiwan Omnivor
Haiwan
omnivor mempunyai gigi kacip yang lebar dan rata. Gigi taring yang
pendek dan tumpul serta gigi geraham yang juga rata. Haiwan omnivor juga
akan mengunyah makanan sebelum menelan. Seperti haiwan herbivor, rahang
omnivor juga dapat bergerak menyamping selain gerekan ke atas bawah.
Langgan:
Catatan (Atom)